widgets,  tips, tutorials and SEO

assalamualaikum ;)

Monday, January 31, 2011

Hitunglah nikmat kurniaanNya jika kamu mampu :)





Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.

Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:

Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Pelajar kita di Alexandria dirogol, airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.
Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923
Atau melalui:

Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com

Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
- Nadia








Assalamualaikum wbt. & salam sejahtera.

Masih terngiang-ngiang lagi di telinga saya ini bait-bait kata dalam satu perkongsian ilmu yang disampaikan oleh ust Zahazan Mohamed di radio IKIM.fm sebentar tadi. Beliau mengulas sebuah tajuk yang cukup ringkas, tetapi saya kira sangat mendalam maksud yang ingin disampaikannya. Lebih-lebih lagi dengan kondusi saudara-saudara kita di Mesir yang kini sedang hebat, rancak bertarung, berjuang, dan  mempertahankan pendirian mereka untuk menghapuskan sekaligus  menggulingkan kerajaan kuku besi pimpinan Husni Mubarok di negara republik Mesir itu.
 
Tajuk yang disampaikan oleh ustaz Zahazan sebentar tadi cukup menyentuh emosi saya. Ibu dan saya dalam perjalanan pulang ke rumah usai menyelesaikan beberapa hal penting di bank  dan kami sempat singgah di ‘wet market’ untuk membeli  sedikit barangan untuk aktiviti masak-memasak di rumah (:

  usah di kenangkan nikmat yang telah di tarik kembali oleh Allah daripada kita. Tetapi  bersyukurlah kerana kita masih dikelilingi ribuan, jutaan rahmat Allah yang lain.  Jangan sesekali terdetik di hati kita perasaan kecewa hampa sedih dan sebagainya kerana melihat kelebihan, kekayaan, kemewahan yang dimiliki oleh orang lain kerana, ingatlah saudara-saudara sekalian, masih ramai lagi insan yang nasibnya jauh lebih malang dan susah daripada kita sekarang ini. Rasullullah saw. Ada menyatakan hal ini dalam satu hadis :  

Hadis Sahih Muslim No. 2495 Jilid 4 Topik adalah Zuhud
2495.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda:

   pandanglah kepada orang yang lebih rendah darimu, dan jangan pandang orang yang lebih tinggi. Itulah tembok yang kukuh supaya kamu tidak menghina pemberian Allah kepada mu."


     Alhamdulillah, peringatan yang saya kira cukup penting buat diri saya dan sahabat-sahabat semua terutama yang masih berada di Malaysia, negara yang saya anggap masih lagi aman dan sejahtera daripada sebarang konflik dan huru-hara. Perkara pertama yang terus bermain-main di minda sedar saya terus berfokus kepada saudara-suadara kita terutamanya sahabat-sahabat yang kini berada di bumi anbia’ Mesir. Bagaimanakah keadaan kalian di sana? Sihatkah? Sakitkah? Apa yang sedang kalian lakukan pada waktu ini? Dalam tempoh yang tidak kurang dari seminggu, Mesir kini menjadi fokus utama media di seluruh pelusok dunia yang menyaksikan rakyatnya kini sedang berhempas pulas berganding bahu demi memastikan negara mereka diterajui soff  pimpinan yang adil lagi saksama tanpa bersekongkol lagi dengan Israel Laknatullah, dan semestinya sebuah kerajaan yang berpaksikan syariat sebagai dasar utama.




    Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah kamu dapat menghitungkannya. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat).
 (Ibrahim:34)


                MasyaAllah, syukur yang setinggi-tingginya ingin kupanjatkan buatMu ya RabbulI’zzati atas segala teguran dan peringatan yang Kau turunkan. Dan kini nikmat yang paling ketara yang kita semua sewajibnya syukuri adalah nikmat keamanan dan kesejahteraan di negara yang kita diami sekarang ini. Berbalik kepada konflik di Mesir, ibu saya sempat menyatakan pendapatnya kepada saya di dalam kereta sebentar tadi:

“ syukurlah adik belajar di sini. Adik rasa kawan-kawan adik yang dekat Mesir tu tak teringin ke nak balik Malaysia, nak jumpa keluarga, makan masakan mak mereka. Adik syukur belajar dekat, nak balik senang, nak balik tiap-tiap minggu pun  boleh.. ”

            Astagfirullahal’azimm..  maafkan hambaMu ini Ya Ghaffar kerana jarang sekali aku bersyukur atas nikmat agung kurniaanMu kepada diri ini….

            Namun, saya terfikir pula, jika dilihat dari sudut yang berbeza, mungkin sebahagian besar rakyat Mesir di sana amat menanti-nanti saat dan peluang untuk mereka keluar berjihad pada jalanNya. Dan mungkin inilah ‘hadiah’ yang sangat di nanti-nantikan buat perindu-perindu syahid di sana. Oh, sangat cemburu! Tetapi, merekalah tentera-tentera pilihan Allah yang selayaknya, moga mereka sentiasa diberi suntikan semangat yang berkobar-kobar dalam perjuangan menegakkan kebenaran! Allahuakbar!!






                awin sedap x spaghetti ni??
   
    mmm.. sedapp!  sambil kepalanya diangguk-anggukkan.

    haaaa.. bersyukur tau sebab kalau awin kat Mesir sekarang ni.. mesti susah nak dapatkan makanan, akak baca kat internet tadi kan, harga-harga barang semuanya melonjak naik. Harga tiket kapal terbang jangan cakaplah, melonjak sampai  tujuh kali ganda tauuu!!



Agak bersemangat saya menceritakan sedikit gambaran di Mesir buat adik tersayang ketika kami makan tengahari tadi. Ya, satu lagi nikmat yang sering dilupakan, nikmat makanan, nikmat merasai makanan dengan lidah yang masih waras ‘receptor-receptor’ rasanya, dan paling utama, nikmat mempunyai adik-beradik yang sentiasa menghiburkan sanubari di kala saya selalunya kesunyian duduk di rumah bersendirian memandangkan kesemuanya duduk berjauhan menunaikan tuntutan pembelajaran dan komitmen masing-masing.  




Ingatan saya dengan tiba-tiba  tertuju kepeda seorang sahabat baik  juga sahabat yang amat rapat dengan saya dahulu, senang cerita, sahabat dunia akhiratlah bak kata orang sekarang, sewaktu kami sama-sama menuntut di SMKA Maahad Muar, iaitu Nurul Atiqah Bt Abu Sahmah. Ya, saya masih teringat bagaimana satu ketika dahulu dia menceritakan kepada saya kelazatan spaghetti yang dimasak oleh ibunya dengan wajah yang sangat bersungguh-sungguh. Tergelak-gelak saya dibuatnya ditambah pula dengan sifatnya yang kelakar.Kami berpisah sewaktu di tingkatan empat, dan dia meneruskan pengajiannya di SMAP Labu. Dengan  berbekalkan keputusan SPMnya yang cemerlang, sekali lagi dia terus meninggalkan saya dan terbang ke negara timur tengah Mesir dalam bidang yang diminatinya, iaitu bidang perubatan. Dan kini, mungkin dia sedang bertaruh dengan nyawanya sendiri di bumi Mesir. Tqa, semoga kau terus tabah menghadapi hari-hari seterusnya di sana. Mungkin inilah tarbiyah daripada Allah untuk hamba-hambaNya yang terpilih lagi disayangi.. Allahumma aminn..~
           
            Buat semua sahabat-sahabat dan saudara-saudara seakidah di sana, sama-samalah kita berdoa agar kemenangan berpihak kepada mereka yang memperjuangkan kebenaran dan keadilan. Semoga kalian tabah, sabar dan tenang dalam berhadapan dengan situasi tegang di sana. Inilah tarbiyah berharga yang ingin diberikan oleh Allah kepada kita semua, juga sebagai peringatan buat diri sendiri terutamanya.. sama-sama kita perbanyakkan bacaan Qunut Nazilah buat keselamatan saudara-saudara kita di Mesir, Palestin, dan keseluruhannya. InsyaAllah!





           



Saturday, January 29, 2011

ALHAMDULILLAH, HAZAA MIN FADLI RABBI (:








Segala puji hanyalah  bagiMu Allah, tuhan sekalian alam, yang Maha Hebat percaturannya, Maha Berkuasa atas segala sesuatu di setiap inci alam semesta ini..

          Alhamdulillah, berkat keizinanMu, juga kesihatan tubuh badan serta kecerdasan akal fikiran yang Kau kurniakan buat insan kerdil ini, diiringi sedikit kekuatan dan keyakinan yang Kau pinjamkan, akhirnya setiap ‘muscle-muscle’ dalam tubuh diri ini dapat diguna dan digerakkan untuk mencoretkan  sedikit  sebanyak  perkongsian di laman ini, InsyaAllah..                           
  Diri ini bukanlah seorang yang kukira pandai menyusun kata, apatah lagi  bijak dalam melakarkan coretan yang  indah-indah, namun atas pengharapan menggunung  kepada yang Maha Khaaliq, sedayanya ku cuba mengatasi kekurangan itu, Biiznillahh..

          Terima kasih yang tidak terhingga ku tititpkan buat seorang kakak yang sangat bersemangat dan bersungguh-sungguh serta sentiasa memberi sokongan padu untuk  diri ini membina laman blog ini. Walaupun pada asalnya, diri ini tidaklah begitu berminat, jauh sekali berkeinginan untuk memiliki sebuah blog, namun bait kata-katanya yang masih tersemat utuh dalam benak fikiranku  itulah yang sentiasa melonjakkan semangat ini untuk mencuba sedayanya menghasilkan laman ini..

          sebagai daie (orang yang menyampaikan/menyeru) kita sangat digalakkan untuk mempunyai blog, bukanlah apa dik, dekat blog nilah kita boleh berkongsi ilmu dan fikrah, baik juga kepada mereka yang tidak mengetahui apa-apa, sekurang-kurangnya, dapatlah mereka menimba sesuatu melalui blog adik nanti

Terima kasih akak (:

          Terima kasih kerana memberi kesedaran itu. Diri ini sedar yang diri ini tidaklah berkemampuan lagi untuk berhadapan dan berbicara di khalayak ramai untuk berkongsikan sesuatu. Mungkin disinilah medannya untuk diri ini mencurahkan segalah yang bermain di fikiran, berkongsi sedikit pengalaman atau sekurang-kurangnya berkongsi sesuatu yang mungkin diperlukan oleh mereka-mereka yang di luar sana, InsyaAllah.. Apa-apa sekalipun, tujuanku hanyalah satu, keredhaanNya  jualah yang amat kutagihkan..

          Seribu kemaafan dipohon andai di laman ini mungkin banyak silap dan kurangnya, baik pada masa ini mahupun pada  waktu kelak. Tegurlah jika ada yang tidak kena di mana-mana. InsyaAllah, diri ini akan sentiasa berlapang dada untuk menerima sebarang teguran, yang kukira bukanlah teguran daripada si tuan empunya badan itu sendiri, tetapi teguran ikhlas daripada  si Penciptaku yang diilhamkan kepada mereka-mereka yang terpilih.. InsyaAllah..

          Sebelum meletakkan titik nokhtah sebagai tanda permulaan penggembaraan ini, ingin rasanya kuhulurkan salam perkenalan buat anda semua, si pembaca kesayangan ar-Rahim  (: 

Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit waktu ‘24 jam anda’ untuk melihat-lihat dan membaca laman yang tidak seberapa ini, andai berkesempatan, silakanlah untuk memenuhi ruangan ‘comment’ di bawah ini okay ((:
Moga memberi manfaat kepada semua..~
Wassalam..

"Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak mamfaatnya bagi orang lain."
(HR. Bukhari dan Muslim)
Powered By Blogger