widgets,  tips, tutorials and SEO

assalamualaikum ;)

Wednesday, July 13, 2011

MOON SYAABAN (:




ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH.
Di bawah arasy, Allah SWT telah mencipta sebuah laut yang amat luas -
sejauh mata memandang. Di permukaan laut tersebut Allah telah mencipta
satu Malaikat yang amat besar. Sayapnya di sebelah kanan sejauh mata
memandang dan di sebelah kiri sejauh mata memandang.
Setiap kali umat islam berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad
SAW pada bulan Syaaban maka malaikat tadi akan turun ke dalam laut
tersebut dan akan naik semula sambil mengibas-ngibas sayap-sayap dan
bulu-bulu di badannya. Maka akan berguguranlah
berjuta juta titik air dari tubuh malaikat tersebut.
Sekiranya seratus kali umat islam berselawat maka seratus kalilah
malaikat tadi akan turun dan naik kembali sambil mengibaskan sayap dan bulu pada
tubuhnya.
Dari setiap titik air dari tubuh malaikat tadi akan tercipta satu
mailaikat lain yang mana setiap satu malaikat yang tercipta akan
memohon dari Allah SWT akan keampunan dosa orang yang berselawat ke atas Nabi
Muhammad SAW pada bulan Syaaban sampai hari Qiamat.
Sekiranya sejuta titik air yang gugur dari tubuh malaikat tadi maka
terciptalah sejuta malaikat yang memohon keampunan orang yang berselawat.
Oleh itu rajin rajinlah berselawat pada bulan Syaaban yang mulia ini
kerana bulan Syaaban ini adalah bulan junjungan besar kita Nabi
Muhammad SAW. Semoga kita akan tergolong bersama orang yang mendapat keampunan
dan rahmat Allah SWT.

*lmu yang bermanafaat akan terus mengalir pahalanya kepada kita walaupun kita telah berada di alam barzakh*


Syaaban adalah bulan Rasulullah s.a.w. Bersabda baginda yang maksudnya, " Dinamakan dengan Syaaban (berserak-serak) itu adalah kerana di dalamnya terdapat banyak kebajikan yang berserak-serak"

SELAMAT BERPRAKTIKAL (:


The Awaken!! [Bangkitlah sebelum KITA dibangkitkan]



Alhamdulillah..
syukur yang amat!
Kepada as-Sami’, al-A’lim, al-Ghaffur,
Walaupun masih banyak lagi urusan duniawi
yang ternanti-nanti,
tidak henti-henti dan terus mencari
mengelilingi dan terkadang
hampir membuat saya jatuh tersungkur
lelah, lemah, lesu,
namun syukur syukur dan syukur
buat Ilahi kerana masih memberi
kesempatan pada diri ini mencoretkan
sedikit rasa hati dalam medan perjuangan
alam maya ini..
moga diangkat sebagai Ibadah.. insyaallah
C:



“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya…”
 (Al-Baqarah: 286)

Bagai terubat rasa hati,
Bila ayat cinta Allah berikan
Di kala diri saya terasa begitu
lemah, letih dan tidak berupaya
mengharungi, berdepan segala cubaan
cubaan yang pastinya secebis cuma
daripada apa yang Muhammad p.b.u.h tempuhi
*MUHASABAH BUAT DIRI*

 -------------------------------------------------------------------------------------------

AWAKE!!
Cukuplah wahai diri!
Jangan sekali manjakan diri
Kelak kau jua bakalan rugi!!
----------------------------------------------------------------------------------------
Buat adik-adik Khandakku sayang
Besar harapan kakak kasih,
Moga apa yang bakalan kau lalui
Mencelikkan mata membuka hati
Semoga kita lebih mengerti
Kenapa kita hidup di sini
Berdiri di muka bumi
Allah jualah yang memegang hati-hati kalian
Moga tidaklah kerana dosa-dosa semalam
yang kakakmu ini perbuatkan
Menjadi asbab penghalang buat kalian
Memahami dan mengerti apa
Yang kakak-kakak kasih ingin sampaikan..
Pengembaraan adik-adik sayang baru bermula!!
Ayuhhh!
Pengembaraan ini akan senantiasa teruji dan diuji
Tabahlah wahai hati dan diri
Salam kasih salam mujadah..
Kekasih-kekasih kecilku sayang..
(:

ukhuwah fillah ilal jannah.. allahumma aminn.. C:







Tuesday, July 5, 2011

Pesanan Dari Hati untuk Hati... (:



Teringat kata-kata seorang ukht..
Dalam satu ‘sharing’  beberapa bulan lepas..

“men will do anything for sex, while women will do anything for love..
Including giving sex..”

Tergamam saya seketika.
*TAKUT YANG AMAT!!*
Bila difikirkan semula.. memang ada benarnya!!
Saya tidak ingin memfokuskan
pada statement ‘men’
kerana saya bukanlah dalam kategori itu..
tetapi,
bila direflekskan semula pada diri saya sendiri
ada benarnya juga
 apabila seorang perempuan itu
telah menemui apa yang dinamakan
cinta sejati, cinta agung,
 atau true love dalam hidupnya..
tiada apa yang tidak diserahkan
melainkan untuk cintanya itu.. (:
*WAUU! SO SWEEEEET LARHHHH!!!*
ya!!
Sangat hebat rasanya
apabila
Diri boleh berkorban apa sahaja..
Demi si dia yg disayangi, dirindui, dikasihi..
Persoalannya.
………………………………………………………………………………………………………..
“ehh… betul ker si dia tu adalah true love aku ekk??  Ker aku jeq syok sendiri nie??"
“mcm mana pulak aku nak pastikan yang dia jugak anggap aku pun true love dia??”


Macam-macam bermain dalam kepala, minda,
 otak kiri & kanan.. kan?? (:

"habes tu macam mana???" 

**************************************************

"tidak kau rasakan MANISNYA cinta, ANDAI tiada cinta buat yang maha Esa…"
(:











Friday, July 1, 2011

♥ Hold My Hand Dearie Khandaks C: ♥



Khandakku sayang..


Semoga disinilah bermulanya titik tolak


tambah nilainya erti sebuah kehidupan


buat diri adik-adikku kelak..


Bukanlah Ansorullah, Badar mahupun Uhud yang selayaknya


Meletakkan sinar hidayah ke dalam diri  khandak-khandakku sayang..


Namun apa yang semampunya kami lakukan


Itulah yang akan kami usahakan..


Biar diri semakin hari semakin sukar perjalanan yang ditempuhi..


Biar perjalanan yang kami tempuhi senantiasa ditemani onak, ranjau dan duri


Keranasanya,


itulah yang mematangkan diri kami..


Mendewasakan pemikiran kami..


Sunnatullah yang pastinya ada ganjaran hebat yang menanti


Selagi diri tulus di medan ini..


Harapanku juga harapan ukhti-ukhtimu di sini..


Kelak kau turut merasai apa yang pernah kami lalui..


Moga engkaulah bakal menjadi


Mata-mata rantai perjuangan yang suci ini..


Salam sayang dan selamat berjuang..


Khandak-khandakku tersayang…






Saturday, June 25, 2011

Bagai Mati Dihidupkan Semula..



Assalamualaikum sahabat2 yang dirindui!

Macam tak percaya bila saya mulai menulis!!!

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillahh..

Syukur..

Moga terus istiqamah & istimrar (:

Alfun syukran kepada sahabat2

yg tak jemu2  ‘memaksa’ saya meneruskan dan melanjutkan

bait-bait kata di medan ini..



“ukhti, bila nk tunjuk ana blog ukhti?”  

“errkk.. nanti2  lahh.. ana usahakan..”
  

*********


 “ lama saya tunggu.. bila la sab nie nak update blog dia yer… “

 “hhee.. insyaallah3..  sabar yepp “



Moga laman ini tidak akan mati semula..

Selagi penulisnya masih bernafas

Di bumi pinjaman ini..

Moga ia juga menjadi saham untuk saya di sana nanti..

Insyaallah,


Salam sayang buat semua..    (:






Monday, January 31, 2011

Hitunglah nikmat kurniaanNya jika kamu mampu :)





Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.

Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:

Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Pelajar kita di Alexandria dirogol, airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.
Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923
Atau melalui:

Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com

Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
- Nadia








Assalamualaikum wbt. & salam sejahtera.

Masih terngiang-ngiang lagi di telinga saya ini bait-bait kata dalam satu perkongsian ilmu yang disampaikan oleh ust Zahazan Mohamed di radio IKIM.fm sebentar tadi. Beliau mengulas sebuah tajuk yang cukup ringkas, tetapi saya kira sangat mendalam maksud yang ingin disampaikannya. Lebih-lebih lagi dengan kondusi saudara-saudara kita di Mesir yang kini sedang hebat, rancak bertarung, berjuang, dan  mempertahankan pendirian mereka untuk menghapuskan sekaligus  menggulingkan kerajaan kuku besi pimpinan Husni Mubarok di negara republik Mesir itu.
 
Tajuk yang disampaikan oleh ustaz Zahazan sebentar tadi cukup menyentuh emosi saya. Ibu dan saya dalam perjalanan pulang ke rumah usai menyelesaikan beberapa hal penting di bank  dan kami sempat singgah di ‘wet market’ untuk membeli  sedikit barangan untuk aktiviti masak-memasak di rumah (:

  usah di kenangkan nikmat yang telah di tarik kembali oleh Allah daripada kita. Tetapi  bersyukurlah kerana kita masih dikelilingi ribuan, jutaan rahmat Allah yang lain.  Jangan sesekali terdetik di hati kita perasaan kecewa hampa sedih dan sebagainya kerana melihat kelebihan, kekayaan, kemewahan yang dimiliki oleh orang lain kerana, ingatlah saudara-saudara sekalian, masih ramai lagi insan yang nasibnya jauh lebih malang dan susah daripada kita sekarang ini. Rasullullah saw. Ada menyatakan hal ini dalam satu hadis :  

Hadis Sahih Muslim No. 2495 Jilid 4 Topik adalah Zuhud
2495.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda:

   pandanglah kepada orang yang lebih rendah darimu, dan jangan pandang orang yang lebih tinggi. Itulah tembok yang kukuh supaya kamu tidak menghina pemberian Allah kepada mu."


     Alhamdulillah, peringatan yang saya kira cukup penting buat diri saya dan sahabat-sahabat semua terutama yang masih berada di Malaysia, negara yang saya anggap masih lagi aman dan sejahtera daripada sebarang konflik dan huru-hara. Perkara pertama yang terus bermain-main di minda sedar saya terus berfokus kepada saudara-suadara kita terutamanya sahabat-sahabat yang kini berada di bumi anbia’ Mesir. Bagaimanakah keadaan kalian di sana? Sihatkah? Sakitkah? Apa yang sedang kalian lakukan pada waktu ini? Dalam tempoh yang tidak kurang dari seminggu, Mesir kini menjadi fokus utama media di seluruh pelusok dunia yang menyaksikan rakyatnya kini sedang berhempas pulas berganding bahu demi memastikan negara mereka diterajui soff  pimpinan yang adil lagi saksama tanpa bersekongkol lagi dengan Israel Laknatullah, dan semestinya sebuah kerajaan yang berpaksikan syariat sebagai dasar utama.




    Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah kamu dapat menghitungkannya. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat).
 (Ibrahim:34)


                MasyaAllah, syukur yang setinggi-tingginya ingin kupanjatkan buatMu ya RabbulI’zzati atas segala teguran dan peringatan yang Kau turunkan. Dan kini nikmat yang paling ketara yang kita semua sewajibnya syukuri adalah nikmat keamanan dan kesejahteraan di negara yang kita diami sekarang ini. Berbalik kepada konflik di Mesir, ibu saya sempat menyatakan pendapatnya kepada saya di dalam kereta sebentar tadi:

“ syukurlah adik belajar di sini. Adik rasa kawan-kawan adik yang dekat Mesir tu tak teringin ke nak balik Malaysia, nak jumpa keluarga, makan masakan mak mereka. Adik syukur belajar dekat, nak balik senang, nak balik tiap-tiap minggu pun  boleh.. ”

            Astagfirullahal’azimm..  maafkan hambaMu ini Ya Ghaffar kerana jarang sekali aku bersyukur atas nikmat agung kurniaanMu kepada diri ini….

            Namun, saya terfikir pula, jika dilihat dari sudut yang berbeza, mungkin sebahagian besar rakyat Mesir di sana amat menanti-nanti saat dan peluang untuk mereka keluar berjihad pada jalanNya. Dan mungkin inilah ‘hadiah’ yang sangat di nanti-nantikan buat perindu-perindu syahid di sana. Oh, sangat cemburu! Tetapi, merekalah tentera-tentera pilihan Allah yang selayaknya, moga mereka sentiasa diberi suntikan semangat yang berkobar-kobar dalam perjuangan menegakkan kebenaran! Allahuakbar!!






                awin sedap x spaghetti ni??
   
    mmm.. sedapp!  sambil kepalanya diangguk-anggukkan.

    haaaa.. bersyukur tau sebab kalau awin kat Mesir sekarang ni.. mesti susah nak dapatkan makanan, akak baca kat internet tadi kan, harga-harga barang semuanya melonjak naik. Harga tiket kapal terbang jangan cakaplah, melonjak sampai  tujuh kali ganda tauuu!!



Agak bersemangat saya menceritakan sedikit gambaran di Mesir buat adik tersayang ketika kami makan tengahari tadi. Ya, satu lagi nikmat yang sering dilupakan, nikmat makanan, nikmat merasai makanan dengan lidah yang masih waras ‘receptor-receptor’ rasanya, dan paling utama, nikmat mempunyai adik-beradik yang sentiasa menghiburkan sanubari di kala saya selalunya kesunyian duduk di rumah bersendirian memandangkan kesemuanya duduk berjauhan menunaikan tuntutan pembelajaran dan komitmen masing-masing.  




Ingatan saya dengan tiba-tiba  tertuju kepeda seorang sahabat baik  juga sahabat yang amat rapat dengan saya dahulu, senang cerita, sahabat dunia akhiratlah bak kata orang sekarang, sewaktu kami sama-sama menuntut di SMKA Maahad Muar, iaitu Nurul Atiqah Bt Abu Sahmah. Ya, saya masih teringat bagaimana satu ketika dahulu dia menceritakan kepada saya kelazatan spaghetti yang dimasak oleh ibunya dengan wajah yang sangat bersungguh-sungguh. Tergelak-gelak saya dibuatnya ditambah pula dengan sifatnya yang kelakar.Kami berpisah sewaktu di tingkatan empat, dan dia meneruskan pengajiannya di SMAP Labu. Dengan  berbekalkan keputusan SPMnya yang cemerlang, sekali lagi dia terus meninggalkan saya dan terbang ke negara timur tengah Mesir dalam bidang yang diminatinya, iaitu bidang perubatan. Dan kini, mungkin dia sedang bertaruh dengan nyawanya sendiri di bumi Mesir. Tqa, semoga kau terus tabah menghadapi hari-hari seterusnya di sana. Mungkin inilah tarbiyah daripada Allah untuk hamba-hambaNya yang terpilih lagi disayangi.. Allahumma aminn..~
           
            Buat semua sahabat-sahabat dan saudara-saudara seakidah di sana, sama-samalah kita berdoa agar kemenangan berpihak kepada mereka yang memperjuangkan kebenaran dan keadilan. Semoga kalian tabah, sabar dan tenang dalam berhadapan dengan situasi tegang di sana. Inilah tarbiyah berharga yang ingin diberikan oleh Allah kepada kita semua, juga sebagai peringatan buat diri sendiri terutamanya.. sama-sama kita perbanyakkan bacaan Qunut Nazilah buat keselamatan saudara-saudara kita di Mesir, Palestin, dan keseluruhannya. InsyaAllah!





           



Powered By Blogger