widgets,  tips, tutorials and SEO

assalamualaikum ;)

Monday, February 27, 2012

hard konten..

video ini sedikit sebanyak mungkin menjawab persoalan sahabat,
aku juga bukanlah insan sempurna,
justeru, 
kuharap engkau terima diriku seadanya,
kelak kuubah dengan izinNya..



allah,
thabatkan hambaMu,
di kala grafku hampir merosot,
Kau tak biar aku terus hanyut..

sabarlah..
ini lumrah alam..
alam yang menjadi pilihan
utk kau harungi & kumpulkan segala bekalan...

Saturday, January 7, 2012

SAYA mau pergi CERAMAH!!

Alhamdulillahh.


Sy kira hampir selesai tugas & perkara yang hendak dilakukan hari ini.. hampir 6 jam tambah tolak masa yg sy habiskan ‘berjalan’ mengelilingi bandar beepee hr ini  ;) moga diangkat ibadah walau hanya ‘berjalan’ ^^


Sy sangat teruja lagi tidak sabar2 nak berkongsi satu cerita yang rasanya sangat ‘dush3’ kepala sy hari ini. Memang tak sampai seminit rasanya insiden ni, tapi.. mmm.. sukar digambarkan (maaf tak dapat habiskan ayat..)
Nie merupakan summary drpd apa yg terjadi td antara sy dan kosmate sy :


Tempat: bus stop

Sy:  hye ‘kosmate’!!

k.m:  ehh.. hye!! Mau pergi mana??

Sy: pergi jumpa dentist.. teman kawan.. nk g mn??

k.m: sy mau pergi ceramahh… hehe

sy: waaa..! g ceramah! Kt mn tu?

k.m: kt hotel landmark.. bye!!!!!!!!!!

*tak dapat meneruskan perbualan krn kosmate sy dah masuk ke dalam bas dan bas pun bergerak*

Senyum sendiri dibuatnya..
“Whatttt?? Dia pergi ceramah??” hati sy bagai tercabar dengan…. *hmmm.. sukar2..*  (maaf sekali lagi atas kekurangan sy yg tidak mampu menghabiskan ayat dengan lengkap..) *how come u gonna be a bm ticer 1 day??*
Sy sempat berbisik dengan sahabat sy..

“jangan main2 dengan dia.. ‘core’ betul dia, g ceramah taw kt hotel landmark..” . sahabat saya turut tersenyum..

Sahabat,
Apa pentingnya cerita sy nie?? Apa yg signifikannya dengan kisah seorang sahabat yg nak pergi ceramah di hotel?? Apa hadafnya sy menulis kali ini?
Jawapannya sy ingin mengajak kalian berfikir..

Berfikir

Dan berfikir…

Mengapa sahabat yg tidak seakidah dengan kita boleh ‘mensibuk-sibukkan’ diri mereka untuk pergi ke sana pergi ke mari pergi ceramah hari sabtu, pergi GEREJA hari ahad??

Mengapa?

Mengapa mereka sanggup lakukan begitu? Kenapa tak dihabiskan sahaja masa hujung minggu untuk ‘berenjoy-enjoyan’ di bpmol? Di Golden Cinema? Di K-boxx?
Kenapa mereka yg tidak begitu bernasib baik punya semangat dan keyakinan yang jitu terhadap agama yg mereka anuti?! Semangat apakah yg mereka miliki? Apa pengetahuan dan kefahaman yg mereka miliki sehingga terzahirnya suatu kekuatan yg menginjakkan mereka ke suatu tahap dan kedudukan dan mereka sepertinya  tidak bermalas-malasan seperti.. errr, seperti siapa?

*tanya iman tepuk dada*

SEDANGKAN KITA!

Kita..

ya kita  YANG MENGAKU ISLAM!

Apa yg kita laksanakan setiap kali hujung minggu di kampus? Jalan di soping komplex tanpa tujuan? Tengok cerita/movie sampai dah x tahu cerita apa yg nk ditengok? Atau terjerit pekik di K-box dengan niat melepaskan tekanan?? Atau paling malang.. boring sebab dah tahu apa lagi nak dibuat..


Ya, sy mengaku sy jg bukanlah sempurna mana.. maaf atas kekasaran bahasa yg belaku, bagi mereka yg hati dan jiwanya lembut bak gula-gula kapas, sy syorkan jgn teruskan pembacaan, jika anda berdegil.. terpulang, tetapi sy hanya menulis dengan tujuan untuk membaiki diri sy  terutama dan membuka mata sahabat2 semua..
Rabbi yassir wala tua’assirr.. allah~


Namun, sy suka utk memetik kata-kata seorang tabi’ (betulkan sekiranya silap), ahli teologi arab dan cedikiawan islam tersohor, Hasan al-Basri, katanya:

“ sesungguhnya aku sedang menasihatimu bukanlah beerti aku yang terbaik dalam kalanganmu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalanganmu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah mereka yang memberi peringatan.”
Ya, sy jg salah seorang insan hina yg tidak terlepas dari melampaui batas pada ketikanya..
Sahabat,
bukalah mata, Allah sifatnya Pengampun yg Amat! Yakinlah itu..

sahabat, 
Ayuh bangun bersama.. mengapa 'kosmate' sy boleh sedangkan kita yang lahir2 sudah diberi nikmat terbesar semakin hari semakin lalai? semakin hari semakin terbuai dengan nikmat2 palsu yg pastinya sementara...
faghfirlanaa ya Ghaffur..

sahabat,
perkataan sedih, sebak, dan sayu cukup menggambarkan emosi yg bersarang dihati tatkala mereka berlumba-lumba 'mengumpul bala tentera' sedang kita? asyik leka entah apa-apa.. duduk goyang kaki bersahaja..?

"dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang bertaqwa. tidakkah kamu mengerti?"
                                                                                       (al-An'am:32)
                                                                                     
sahabat,

jangan biar diri kita terus tenggelam, ditenggelamkan atau tertenggelam.. dampingilah mereka yg boleh kiranya membantumu! mohon jangan terus zalimi dirimu.. kasihanilah batinnya yg meronta ingin kembali ke fitrah diri asalnya yg bersih lagi murni.. sebagaimana kamu kelaparan tatkala jasadmu tak diisi barang sesuap nasi sehari, begitulah juga jiwa batinmu meronta dek kerana terlalu lama dibiarkan tanpa dijamahkan barang sedikit keperluan makanannya! setiap dari kita berharga dan berpotensi buat menyambung perjuangan ini hinggalah ke suatu masa yg ditetapkanNya,, bantulah 'kami'! sertailah 'kami'! atau setidaknya, sokonglah usaha 'kami'!!

dan tika itu, islam bakalan menjadi ustaziatul alam (rujukan seantero dunia a.k.a. new world order) percayakah kamu? percayakah kaliannn?? ya!! ini suatu janji!! bukan dari sy, tetapi dari pencipta kita!


sahabat,
usah tapiskan diri sendiri.. Dia telah memilihmu ketika itu, buka semula nota bulatan gembira, mungkin kita terlupa, surah at-Taubah baris 39, pernah menggetarkan jiwa kita semua suatu masa dahulu..

peringatan besar lagi bermakna buat diri sy sendiri terutama. Maafkan diriku Allah kerana aku tidak mampu untuk mendakwahi sahabat-sabahat, ahli keluargaku, insan-insan disekelilingku dengan sebenar-benarnya..
paling kukesali andai akulah punca dan fitnahnya yg menyebabkan mereka tidak mahu, menjauhi dan berpaling dari rasa ingin mengenali dan berkenalan semula denganMu..

sungguh,
kekacauan hari ini amat melemahkan urat-urat sendiku.. rasa tidak mampu, lagi tidak berdaya.. apatah saban hari dikelilingi tarikan-tarikan dunia, ya Allah, aku turut tidak lari dari merasai apa yg dirasakan insan-insan seusiaku saat dan ketika ini.. namun kumohon ku merayu, kutitiskan air mata kepadaMu, Kau kukuhkanlah kekuatan dalaman dan luaran 'kami', sabarkan hati-hati 'kami' yg baru berjinak dalam laluan penuh duri ini..

kekalkan 'kami' dalam soffMu ini ya A'ziz...
Moga di firdausi sana tempat rehatku yg abadi.. tempat rehatmu juga.. tempat ' kita semua yg 'berpayahan' di dunia.. amin..
pilihlah 'kami' ya Rahim.. izinkan 'kami' berehat tenang di sana.. allahumma aminn.. 

wallahua'lam..











Wednesday, December 28, 2011

BIASELAH..~


biaselah,
kalau diri tak diberi ujian
lupa nanti nak bergantung harap pada Tuhan
biaselah,
kalau diri senyum memanjang,
tak rasai pulak manis berjuang
biaselah,
kalau diri sempurna serba-serbi
takut tak jumpa pulak jalan kembali
biaselah,
kalau diri sentiasa disukai
koreksilah kembali  diri sendiri
biaselah,
kalau diri sentiasa pula dibenci
mesti banyak yang perlu dibaiki
biaselah
kalau diri nak sentiasa happy
jangan melangkah ke jalan ini
biaselah,
kalau diri tak boleh dilukai
pergi duduk sendiri-sendiri
biaselah,
kalau diri boleh memujuk menasihati
jangan keras hati terima nasihat Ilahi
biaselah,
kalau diri mahu ituini
fikir kembali dah cukup ke berbakti?

#

Assalamualaikum..
Dearie readers,

Long time im not been here ;) 
thnks Allah for giving me the opprtunity to write again this time
for I  almost decide to cancel this account
maybe im not in the good-mood-for-writing

and I wz like feeling having ‘electrical shock’  to know that some of my friends  found this comotblog    x_x


*yaAllah!maluyangamat*

somehow, honestly I was so envy to see that my friends especially can have a ‘magic kind of semangat’ to post new entries in their blog.. and too, I love reading theirs’  J
and sometimes making me ‘ketawagulingguling’ in front my lappy 
(tqa, hope u read this yeah;)
and sometimes make me thinking that ‘standing’ on  this real life was not an easy task as I thought before
(ukht2ku, tqvm;)

hmm.. and so, I made decision to keep the nyawa of this blog ;)
maybe I’ve to make some renovation on this blog..  and I heard someone willing to help me J

*sukanyerr!xsabolahkiter!!*  

Hmm.. I would glad to share this verse:

“ dan jika kamu menghitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sungguh, Allah benar-benar Maha Pengampun, Maha Penyayang..”

(an-Nahl 16: 18)

Subhanallah,

people including  me esp. always ask for the things that we didn’t even need
It is just called al-hawa which make us desperately and continuosly think that we’ve to get it..

And forget the others ‘free nikmahh’ given by Him.. *faghfirlieyarabb*
But Allah is so nice,
no matter what we did, He will always forgive and love us..
can you show me even one person in this world who own this kind-hearted self value?

Ok, for the next translation, do refer on tafsir2 berkaitan k  ;)
Till now guys, thanks for reading and visiting this comotblog..

Pen off.


P/s: mood skrg adelah undefine. lega sikit kot :) tp rs mcm rindu nk mkn coklat nie..



sedapnye! name saya papero almond.. ;)



Anyone?? Hee.. ishhh.. al-hawa2…





 





Wednesday, October 19, 2011

DOSA DAIE..

Bismillahirrahmanirrahim..

Sahabat..
Kutujukan kata kali ini khas untukmu
Harapanku agar engkau mengerti
Bahwa aku punya sesuatu yang ingin
Kukatakan padamu
Lidahku tidak begitu cekap
untuk menutur satu persatu
Hasrat yang terbuku di kalbu
Lantas ku kira inilah caranya..
Semoga ianya dapat kau fahami..
Sahabat,
Pernah suatu ketika
Terdetik di hati
Untuk kujadikan dirimu
Sebagai pengganti teman akrabku yang tiada lagi di sisi
Entah apa yang ada padamu membuat
Hatiku lantang berteriak sebegitu
Hasratku suci ketika itu
Dan Entah kenapa pula terlihat wajahmu tika itu
Mengimbau kembali bi’ah dahulu yang aku rindui
Ketahuilah
Engkau istimewa di hati ini
Ketahuilah
Kau kuhormati
Ketahuilah
Aku bercita untuk menjadi insan yang kau ingati

***

Hari berganti hari
Gembiraku bukan kepalang
Syukur kupanjat pada tuhan
Kerna kau kini bergelar teman
Terkadang aku bagai malu sendiri
Kerna aku bukanlah sepadan
Menjadi sebahagian dari kenangan
Yang seharusnya  kau banggakan
Aku penguatmu
Kataku padamu
Perlakuanku dihadapanmu
Aku juga perosakmu
Bisikku sendiri
Tanpa kau ketahui
Aku jadi keliru
Mengapa ujianku sebegini
Bagai tiada kudrat untuk ketempuhi
Namun tiadalah pantas sama sekali
Untukku Mempersoal kembali ketentuan Ilahi
Kerna sahaja Dia lebih mengetahui
Aku jadi takut, gusar, bimbang
Dan hampir juga berputus harapan
Sahabat itu
sumber kekuatanku
pada jalan berliku
pada jalan
yang tidak digilai ramai
sentiasa menutur kata penguat
untuk kami sama-sama beringat
kuasa Ilahi
dia juga ujian terhebat
untukku hadapi.. di dalam hati

***

Pernah aku terfikir
Untuk melontar jauh diri ini dari terlihat
Walau bayangmu
Kerna sahaja aku tidak sanggup untuk terus menzalimi dirimu
Dengan perlakuanku yang sebegitu
Aku tahu
kau hairan mengapa
Kukata begitu
Lagaknya seperti sesuatu yang sangat meruncing
Di kotak hati
Namun ketahuilah
Insyaallah aku lebih mengenali siapa diriku
Paling kukesali
Aku menzalimi diriku sendiri
Hati,
Aku merindui
Saat-saat ku punyai fitrah yang suci
Jauh dari bisikan keji
Syukur sentiasa terngiang di sanubari
Tika ku alpa
Kau segera meyapa
Semuanya engkau jadikan serba tidak kena
Aku tahu
Tapi aku seakan tidak endah
 tika aku
Enak dibuai-buai hiasan indah
Aku tahu
Engkau mahu aku kembali

***

Sahabat,
Aku lagi kebingungan
Bagaimana ku harus tempuhi hari mendatang
Ternyata
Semua ini bukan salah sesiapa
Melainkan ia ujian semata
Untukku mara ke peringkat seterusnya
Ya Mujib  ya  Wadud ya Tawwab..
Suburkan dalam diriku
Agar aku punya keinginan yang kuat
Agar ku capai taubat nasuha
Agar ku nikmati kehidupan suci sebagai daie
Sahabat,
Kuharap kau mengerti
Kuharap kau sudi memaafi
Daie juga manusia biasa
Sehebat mana di mata manusia
Tetap tidak lari melakukan dosa
Tetap punya kelemahan di mana-mana
Aku tidak teringin sekali
Untuk berhadapan dengan ujian sebegini
Namun siapalah aku
Untuk menolak suratan Ilahi
Teringat aku pada ayat suci ali-imran
Bait berangka 133  sehingga 135
Manusia bertaqwa bukanlah mereka yang tidak melakukan dosa
Tapi mereka bangkit dari kelalaian itu
Segera bangkit mengatasi kelesuan itu
Lantas berusaha tidak mengulanginya
Pintu keampunan tuhanku sentiasa terbuka
Luas dibuka tiada tara
Masihkah aku menuggu masa??
Rugilah diriku
Insan yang kononnya belajar menguasai kira-kira
Namun pengiraan sekecil ini tidak terlihat
Keuntungan hebat ini tidak kugarap
Manusia apakah engkau ini.?????????
Geram
Jangan pula salahkan diri
Jauh lagi menuding jari
Positifkan hati
Ujian hebat untuk hambaNya yang hebat
Hebatkah aku.?
Ya!
Andai  kau lepasi ujian ini..

***

Sahabat yang aku kasihi
Aku tidak tahu apa yang sepatutnya kupohon darimu
Namun ku pohon pada Ilahi
Agar Kau dan aku
Di naungi kebaikan
Dijauhi kelalaian kepalsuan dan kepura-puraan
Ayat munafiq dalam bulatan gembira
Terngiang deras
Menusuk tepat ke dasar hatiku
Akukah munafiq.??
Nau’zubillahimin zalik
Sahabat,
Maaf atas segala kekhilafan diriku
Andai kau tidak mengerti
Barang apakah yang aku ingin sampaikan melalui bait-bait ini
Maaf kupohon sekali lagi
Aku tidak punya kudrat secukupnya
Untukku khabarkan sejelasnya dihadapanmu
Maaf atas semua dosaku padamu
Maaf atas segala keterlanjuranku padamu..
        





Thursday, September 15, 2011

DIA AKAN BERGANTI.. BERTENANGLAH DIRI.. :)

letih.
sedih.
pedih.
air mata.


itu biasa bagi hari-hari seorang daie.insyaallah
moga bertukar menjadi:


kerehatan sepenuh masa.
kegembiraan tidak terhingga
ceria.
ketawa.
selamanya...


di hari bahagia kelak.
ikhlaskan amal ini ya Allah.
tak sabar nak berjumpa denganMu.

rabbi yassir wala tu'assir..



Tuesday, September 13, 2011

" SEMOGA SAHAJA DIA...."


Jun 2010.
Masjid at-Tarbiyah,
IPTHO.

“ermm, siape nama awak ekk?”
“ syahirah.” (bkn nama sebenar-BNS)
“ouhh..err..~ ”
Tak dapat meyambung bicara.
Dia sibuk membaca buku yang tidak saya ingati tajuknya.
*kenape tibe2 ramah pulak aku nk tegur dy.. ah biarkan!*
*****
“sabrina, akk ada benda sikit nk beritahu awak.”
“ok k.siti. gapo dio?”
“lepas nie, awak kena pindah group usrah ngan k.maryam. nie hasil syuro kakak2 nie. Harap sab dapat berlapang dada..”
“usrah k.maryam? dengan siape ehh lagi? Bukan x boleh akk, tapi nnty msty rasa kekok..hmm..”
“insyaallah, niatkan kerana Allah. Kekok tu awal2 jer kot. Lama-lama nanti oklah tu J lagipun diorang sume ok jelah..”
“haaa.. group k.maryam ngan k.syira tu sume dak PA (*what??*) cm atijah (BNS), mah (BNS), yaya (BNS), ayni (BNS), ena (BNS)
 ngan syahirah (BNS) 
(*syahirahh? Mcm penah denga jerr name tu.? Erhh.. biolahh ..*)

“insyaallah, sab ok jer.. papepn, sab try k.. tp sedih la jgk sbb da x dgn akk lg..”
“xper dik.. akk twu sab boleh. Tp 1 jer, egt kiter bt bnd nie bkn sbb akk, bkn sbb kwn2 tp sbb Allah..”
“insyaallah akk..”
*****
1 hari yg tenang aman dan damai.. huhu~
Kt Masjid Biru ( xtwu nama sebenar msjd tue, haishhh, pobondo la ekau nie.. namo jo dok bee pee :p ok lepas nie sy google yerr ;)

haa.. inilah dia tempat bersejarah itu.. nama dia Masjid jamek Sultan Ismail ok :)

Usrah pertama dengan mereka2~
No other words can describe ‘em but AWESOME! J
Serious, x mcm yg sy jangka & sangkakn sebelum nie..
Dan semua rs nervous, kekok, malu, segan, janggal, x biase, n yg sekutu kutu dgnny bagai tiada dlm diri (ehh.. sikit2 tu adelah, tipu kalau xd langsung)
Syahirah! Oh sebenarny dy sangat peramah & sgt nice.. 
(mm, myb ad reader yg sdg t’senyum sendiri sjurus membaca;)
*ok fine, kau salah tafsir org yer sab.. astaghfirullahh..~*
*****
Alhamdulillah,
Apa yang sy cuba sampaikan kali ni?
J
Tiada yang lain, melainkan
Saya ingin mengajak anda mengambil I’brah
Supaya tidak menilai seseorang
Melalui luaran n mgkin jg pd perjmpaan pertama kita dgnny
Kenapa?
Ouhh.. senang sahaja~
J
Pernah dengar…
“don’t judge a book by its cover.?”
Saya pernah menggangap dia sebagai seorang yg sombong
Sbb ape?
Waktu 1st tym jumpa 2, dia mcm endah x endah shj
Tp sedarkah sy
Bahawa
Mungkin pd masa itu,
Pembacaanny mgkin sgt berat & memerlukan perhatian n focus yg sgt tinggi?
Hmmm… atau mgkin sebarang sbb yg sbnrny dia seorang shj yg tahu J
Apa yg sy ingin nyatakan,
Kuasa Allah mengatasi segalanya
Siapa sangka selepas berbulan-bulan selepas kejadian di masjid at-tarbiyah itu,
Saya dgn shbt itu TERJUMPA semula
Dalam suatu ‘bulatan gembira’
J
Ohh.. sgt sweet bulatan itu~
Tidak pernah saya tidak merinduinya!
Subhanallah!
Ya.. bulatan itu jugalah yang menyatu & mengeratkan akan ikatan
Ukhuwah antara kami
Membantu membina kekuatan & kefahaman bersama
Siapa sangka sy mmpu bergelak,
berketawa (eh.?), berduka,
berkongsi dan segala macam ber
bersama sahabat itu.. J
w/pun selepas pertemuan pertama yg agk hambar dahulu.. ;)
Sekarang,
Saya kira dia menjadi sebahagian daripada kekuatan saya..
Saya tidak tahu perkataan apa yg
Harus sy ungkapkan
Untuk menzahirkan betapa bersyukur, bertuahnya
Saya memiliki shbt sepertinya  J
Apatah lagi, hari ini
Hari bahagianya..
Saya tidak berhasrat utk menjadi
Orang pertama yang mengucapkan:
“selamat hari lahir awak”
“sanah helwah ukht syg..”
“happy birthday friend..”
Cukuplah sekadar saya mengharapkan
Dia mampu merasakan
Saya sangat2 menghargai kehadirannya
Dalam hidup saya…
In simpler words,
“you complement me..”
J
"ukht, sanah helwah :) ukht insan terpilih. teruskan perjuangan ini walau payah. teruskan walau tiada janji kesenangan. walau tidak digilai ramai orang.selamatkan semua antara kita andai ada mulai 'resah'.."

" dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dialah yang memilih kamu (utk mengerjakan suruhan agamaNya) dan Dia tidak  menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama. agama bapa kamu Ibrahim. Dia menamakan kamu:
"orang-orang islam" semenjak dahulu dan di dalam al-Quran ini supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (yang benar & yang salah). oleh itu dirikanlah sembahyang dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah. Dialah pelindung kamu! maka Dialah sahaja sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik pemberi pertolongan."
[al-hajj:78]
papepn,
ukht tetap b*****r  favourite.hehee 
akhir sekali,


ehemm.. mana tuan baru saya nie.? x sabar nak jumpa dia.. :)

alhamdulillahh.. selesai sudah..

p/s: esok ada oral individual test..
maat taufiq wannajah buat diri sendiri :)
& sahabat2 semua... 







Powered By Blogger