widgets,  tips, tutorials and SEO

assalamualaikum ;)

Wednesday, October 19, 2011

DOSA DAIE..

Bismillahirrahmanirrahim..

Sahabat..
Kutujukan kata kali ini khas untukmu
Harapanku agar engkau mengerti
Bahwa aku punya sesuatu yang ingin
Kukatakan padamu
Lidahku tidak begitu cekap
untuk menutur satu persatu
Hasrat yang terbuku di kalbu
Lantas ku kira inilah caranya..
Semoga ianya dapat kau fahami..
Sahabat,
Pernah suatu ketika
Terdetik di hati
Untuk kujadikan dirimu
Sebagai pengganti teman akrabku yang tiada lagi di sisi
Entah apa yang ada padamu membuat
Hatiku lantang berteriak sebegitu
Hasratku suci ketika itu
Dan Entah kenapa pula terlihat wajahmu tika itu
Mengimbau kembali bi’ah dahulu yang aku rindui
Ketahuilah
Engkau istimewa di hati ini
Ketahuilah
Kau kuhormati
Ketahuilah
Aku bercita untuk menjadi insan yang kau ingati

***

Hari berganti hari
Gembiraku bukan kepalang
Syukur kupanjat pada tuhan
Kerna kau kini bergelar teman
Terkadang aku bagai malu sendiri
Kerna aku bukanlah sepadan
Menjadi sebahagian dari kenangan
Yang seharusnya  kau banggakan
Aku penguatmu
Kataku padamu
Perlakuanku dihadapanmu
Aku juga perosakmu
Bisikku sendiri
Tanpa kau ketahui
Aku jadi keliru
Mengapa ujianku sebegini
Bagai tiada kudrat untuk ketempuhi
Namun tiadalah pantas sama sekali
Untukku Mempersoal kembali ketentuan Ilahi
Kerna sahaja Dia lebih mengetahui
Aku jadi takut, gusar, bimbang
Dan hampir juga berputus harapan
Sahabat itu
sumber kekuatanku
pada jalan berliku
pada jalan
yang tidak digilai ramai
sentiasa menutur kata penguat
untuk kami sama-sama beringat
kuasa Ilahi
dia juga ujian terhebat
untukku hadapi.. di dalam hati

***

Pernah aku terfikir
Untuk melontar jauh diri ini dari terlihat
Walau bayangmu
Kerna sahaja aku tidak sanggup untuk terus menzalimi dirimu
Dengan perlakuanku yang sebegitu
Aku tahu
kau hairan mengapa
Kukata begitu
Lagaknya seperti sesuatu yang sangat meruncing
Di kotak hati
Namun ketahuilah
Insyaallah aku lebih mengenali siapa diriku
Paling kukesali
Aku menzalimi diriku sendiri
Hati,
Aku merindui
Saat-saat ku punyai fitrah yang suci
Jauh dari bisikan keji
Syukur sentiasa terngiang di sanubari
Tika ku alpa
Kau segera meyapa
Semuanya engkau jadikan serba tidak kena
Aku tahu
Tapi aku seakan tidak endah
 tika aku
Enak dibuai-buai hiasan indah
Aku tahu
Engkau mahu aku kembali

***

Sahabat,
Aku lagi kebingungan
Bagaimana ku harus tempuhi hari mendatang
Ternyata
Semua ini bukan salah sesiapa
Melainkan ia ujian semata
Untukku mara ke peringkat seterusnya
Ya Mujib  ya  Wadud ya Tawwab..
Suburkan dalam diriku
Agar aku punya keinginan yang kuat
Agar ku capai taubat nasuha
Agar ku nikmati kehidupan suci sebagai daie
Sahabat,
Kuharap kau mengerti
Kuharap kau sudi memaafi
Daie juga manusia biasa
Sehebat mana di mata manusia
Tetap tidak lari melakukan dosa
Tetap punya kelemahan di mana-mana
Aku tidak teringin sekali
Untuk berhadapan dengan ujian sebegini
Namun siapalah aku
Untuk menolak suratan Ilahi
Teringat aku pada ayat suci ali-imran
Bait berangka 133  sehingga 135
Manusia bertaqwa bukanlah mereka yang tidak melakukan dosa
Tapi mereka bangkit dari kelalaian itu
Segera bangkit mengatasi kelesuan itu
Lantas berusaha tidak mengulanginya
Pintu keampunan tuhanku sentiasa terbuka
Luas dibuka tiada tara
Masihkah aku menuggu masa??
Rugilah diriku
Insan yang kononnya belajar menguasai kira-kira
Namun pengiraan sekecil ini tidak terlihat
Keuntungan hebat ini tidak kugarap
Manusia apakah engkau ini.?????????
Geram
Jangan pula salahkan diri
Jauh lagi menuding jari
Positifkan hati
Ujian hebat untuk hambaNya yang hebat
Hebatkah aku.?
Ya!
Andai  kau lepasi ujian ini..

***

Sahabat yang aku kasihi
Aku tidak tahu apa yang sepatutnya kupohon darimu
Namun ku pohon pada Ilahi
Agar Kau dan aku
Di naungi kebaikan
Dijauhi kelalaian kepalsuan dan kepura-puraan
Ayat munafiq dalam bulatan gembira
Terngiang deras
Menusuk tepat ke dasar hatiku
Akukah munafiq.??
Nau’zubillahimin zalik
Sahabat,
Maaf atas segala kekhilafan diriku
Andai kau tidak mengerti
Barang apakah yang aku ingin sampaikan melalui bait-bait ini
Maaf kupohon sekali lagi
Aku tidak punya kudrat secukupnya
Untukku khabarkan sejelasnya dihadapanmu
Maaf atas semua dosaku padamu
Maaf atas segala keterlanjuranku padamu..
        





12 comments:

  1. Apa jua bala bencana singgah menerpa
    Menguji jauh mananya sabar kita
    Mungkin selama ini kita terlupa

    Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
    Maka diberi sedikit ujian
    Menguji tahap keimanan dijiwa

    Bila kesusahan
    Terasa hidup terlalu payah
    Berbagai persoalan menerjah
    Baru minta petunjuk hidayah

    Usah berputus asa
    Kerana ada rahmat disebaliknya
    Yang tidak kita ketahui
    Dalam hidup ini
    Teruslah berdoa

    Pada Allah
    Pengasih…Pemurah dan Penyayang

    Kita terlalu leka dengan nikmat…kurniaanNya
    Maka diberi sedikit ujian
    Menguji tahap keimanan dijiwa..

    ReplyDelete
  2. " Kita terlalu leka dengan nikmat…kurniaanNya
    Maka diberi sedikit ujian
    Menguji tahap keimanan dijiwa.. "

    allahu allah..
    cuba utk berubah,inysaallah :)

    ReplyDelete
  3. ukhti, ana sentiasa di sisi ukhti..
    andai ukhti perlukan ana..

    panggil ana ye..
    ^_____^

    uhibbuki fillah!

    ReplyDelete
  4. insyaallah..
    jzkk..

    ukht pn ok..
    andai ukht perlukan 'bebelan' ana
    ana sedia utk membebel di hdpn ukht :)

    ReplyDelete
  5. bebelan..??

    hehehe...
    mcm x prnah je ukhti bebel ana..

    ReplyDelete
  6. owhh.. iyer.??

    myb ana yg perlu blaja m'buat bebelan yg betul
    dr ukht.. ;)

    ReplyDelete
  7. nmpaknyer ana suka membebel...
    baek.. =.=

    ReplyDelete
  8. hehee..
    xdelah.. mne ade..
    ukht suka bg nasehat kt ana..

    im really missing you :')
    xtahu kan smpy bila ana maseh diberi ksmptn
    utk mndgr nasehat s'org shbt
    esp nsehat dr s'org akhwat.. :)

    ReplyDelete
  9. insyaALLAH sampai hujung nyawa kite....
    DAKWAH dan TARBIYYAH kte hingga hujung nyawa...
    insyaALLAH...

    dan ana sentiasa di sisi ukhti syg...
    insyaALLAH..
    ^____^

    ReplyDelete
  10. aminn..

    sama2 harungi jalan indah ini

    "indah ia kerana ia tidak indah" (:

    ReplyDelete
  11. indah perasaan ilahi,,diturunkan hanya kedalam hati hamba yang menginginkanya,,perasaan yang sukar digambarkan ,sukar ditafsirkan melalui kata-kata..lidah seakan kelu menuturkannya..inilah hadiah terindah Allah dalam mendidik kita..semua kepahitan kelihatan indah bagi hamba yang faham bahawa inilah kasihNya... ukhti,perasaan ini tidak akan dapat ditukar dengan nilain lain..sambutlah semuanya dengan senyuman keredhaan bahawa kita adalah hamba yang perlu tunduk dan taat atas segalanya..inilah perasaan kehambaan yang perlu kita lalui sebagai tanda kite adalah hambe yang lemah...senyum ukhti sayang, semuanya dalam genggaman Allah

    ReplyDelete

Powered By Blogger