widgets,  tips, tutorials and SEO

assalamualaikum ;)

Saturday, January 7, 2012

SAYA mau pergi CERAMAH!!

Alhamdulillahh.


Sy kira hampir selesai tugas & perkara yang hendak dilakukan hari ini.. hampir 6 jam tambah tolak masa yg sy habiskan ‘berjalan’ mengelilingi bandar beepee hr ini  ;) moga diangkat ibadah walau hanya ‘berjalan’ ^^


Sy sangat teruja lagi tidak sabar2 nak berkongsi satu cerita yang rasanya sangat ‘dush3’ kepala sy hari ini. Memang tak sampai seminit rasanya insiden ni, tapi.. mmm.. sukar digambarkan (maaf tak dapat habiskan ayat..)
Nie merupakan summary drpd apa yg terjadi td antara sy dan kosmate sy :


Tempat: bus stop

Sy:  hye ‘kosmate’!!

k.m:  ehh.. hye!! Mau pergi mana??

Sy: pergi jumpa dentist.. teman kawan.. nk g mn??

k.m: sy mau pergi ceramahh… hehe

sy: waaa..! g ceramah! Kt mn tu?

k.m: kt hotel landmark.. bye!!!!!!!!!!

*tak dapat meneruskan perbualan krn kosmate sy dah masuk ke dalam bas dan bas pun bergerak*

Senyum sendiri dibuatnya..
“Whatttt?? Dia pergi ceramah??” hati sy bagai tercabar dengan…. *hmmm.. sukar2..*  (maaf sekali lagi atas kekurangan sy yg tidak mampu menghabiskan ayat dengan lengkap..) *how come u gonna be a bm ticer 1 day??*
Sy sempat berbisik dengan sahabat sy..

“jangan main2 dengan dia.. ‘core’ betul dia, g ceramah taw kt hotel landmark..” . sahabat saya turut tersenyum..

Sahabat,
Apa pentingnya cerita sy nie?? Apa yg signifikannya dengan kisah seorang sahabat yg nak pergi ceramah di hotel?? Apa hadafnya sy menulis kali ini?
Jawapannya sy ingin mengajak kalian berfikir..

Berfikir

Dan berfikir…

Mengapa sahabat yg tidak seakidah dengan kita boleh ‘mensibuk-sibukkan’ diri mereka untuk pergi ke sana pergi ke mari pergi ceramah hari sabtu, pergi GEREJA hari ahad??

Mengapa?

Mengapa mereka sanggup lakukan begitu? Kenapa tak dihabiskan sahaja masa hujung minggu untuk ‘berenjoy-enjoyan’ di bpmol? Di Golden Cinema? Di K-boxx?
Kenapa mereka yg tidak begitu bernasib baik punya semangat dan keyakinan yang jitu terhadap agama yg mereka anuti?! Semangat apakah yg mereka miliki? Apa pengetahuan dan kefahaman yg mereka miliki sehingga terzahirnya suatu kekuatan yg menginjakkan mereka ke suatu tahap dan kedudukan dan mereka sepertinya  tidak bermalas-malasan seperti.. errr, seperti siapa?

*tanya iman tepuk dada*

SEDANGKAN KITA!

Kita..

ya kita  YANG MENGAKU ISLAM!

Apa yg kita laksanakan setiap kali hujung minggu di kampus? Jalan di soping komplex tanpa tujuan? Tengok cerita/movie sampai dah x tahu cerita apa yg nk ditengok? Atau terjerit pekik di K-box dengan niat melepaskan tekanan?? Atau paling malang.. boring sebab dah tahu apa lagi nak dibuat..


Ya, sy mengaku sy jg bukanlah sempurna mana.. maaf atas kekasaran bahasa yg belaku, bagi mereka yg hati dan jiwanya lembut bak gula-gula kapas, sy syorkan jgn teruskan pembacaan, jika anda berdegil.. terpulang, tetapi sy hanya menulis dengan tujuan untuk membaiki diri sy  terutama dan membuka mata sahabat2 semua..
Rabbi yassir wala tua’assirr.. allah~


Namun, sy suka utk memetik kata-kata seorang tabi’ (betulkan sekiranya silap), ahli teologi arab dan cedikiawan islam tersohor, Hasan al-Basri, katanya:

“ sesungguhnya aku sedang menasihatimu bukanlah beerti aku yang terbaik dalam kalanganmu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalanganmu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah mereka yang memberi peringatan.”
Ya, sy jg salah seorang insan hina yg tidak terlepas dari melampaui batas pada ketikanya..
Sahabat,
bukalah mata, Allah sifatnya Pengampun yg Amat! Yakinlah itu..

sahabat, 
Ayuh bangun bersama.. mengapa 'kosmate' sy boleh sedangkan kita yang lahir2 sudah diberi nikmat terbesar semakin hari semakin lalai? semakin hari semakin terbuai dengan nikmat2 palsu yg pastinya sementara...
faghfirlanaa ya Ghaffur..

sahabat,
perkataan sedih, sebak, dan sayu cukup menggambarkan emosi yg bersarang dihati tatkala mereka berlumba-lumba 'mengumpul bala tentera' sedang kita? asyik leka entah apa-apa.. duduk goyang kaki bersahaja..?

"dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang bertaqwa. tidakkah kamu mengerti?"
                                                                                       (al-An'am:32)
                                                                                     
sahabat,

jangan biar diri kita terus tenggelam, ditenggelamkan atau tertenggelam.. dampingilah mereka yg boleh kiranya membantumu! mohon jangan terus zalimi dirimu.. kasihanilah batinnya yg meronta ingin kembali ke fitrah diri asalnya yg bersih lagi murni.. sebagaimana kamu kelaparan tatkala jasadmu tak diisi barang sesuap nasi sehari, begitulah juga jiwa batinmu meronta dek kerana terlalu lama dibiarkan tanpa dijamahkan barang sedikit keperluan makanannya! setiap dari kita berharga dan berpotensi buat menyambung perjuangan ini hinggalah ke suatu masa yg ditetapkanNya,, bantulah 'kami'! sertailah 'kami'! atau setidaknya, sokonglah usaha 'kami'!!

dan tika itu, islam bakalan menjadi ustaziatul alam (rujukan seantero dunia a.k.a. new world order) percayakah kamu? percayakah kaliannn?? ya!! ini suatu janji!! bukan dari sy, tetapi dari pencipta kita!


sahabat,
usah tapiskan diri sendiri.. Dia telah memilihmu ketika itu, buka semula nota bulatan gembira, mungkin kita terlupa, surah at-Taubah baris 39, pernah menggetarkan jiwa kita semua suatu masa dahulu..

peringatan besar lagi bermakna buat diri sy sendiri terutama. Maafkan diriku Allah kerana aku tidak mampu untuk mendakwahi sahabat-sabahat, ahli keluargaku, insan-insan disekelilingku dengan sebenar-benarnya..
paling kukesali andai akulah punca dan fitnahnya yg menyebabkan mereka tidak mahu, menjauhi dan berpaling dari rasa ingin mengenali dan berkenalan semula denganMu..

sungguh,
kekacauan hari ini amat melemahkan urat-urat sendiku.. rasa tidak mampu, lagi tidak berdaya.. apatah saban hari dikelilingi tarikan-tarikan dunia, ya Allah, aku turut tidak lari dari merasai apa yg dirasakan insan-insan seusiaku saat dan ketika ini.. namun kumohon ku merayu, kutitiskan air mata kepadaMu, Kau kukuhkanlah kekuatan dalaman dan luaran 'kami', sabarkan hati-hati 'kami' yg baru berjinak dalam laluan penuh duri ini..

kekalkan 'kami' dalam soffMu ini ya A'ziz...
Moga di firdausi sana tempat rehatku yg abadi.. tempat rehatmu juga.. tempat ' kita semua yg 'berpayahan' di dunia.. amin..
pilihlah 'kami' ya Rahim.. izinkan 'kami' berehat tenang di sana.. allahumma aminn.. 

wallahua'lam..











7 comments:

  1. sabb.. at-taubah:39..hurmm, baru je diskus pasal ni td..huhu. ayat 38 pun sentap! btul2, kt sini pun bdk kristian rajin pegi daurah diorang n everyweek mesti pegi church.. sgt semangat la diorang.. kita??? huhu.. sometimes rasa berat dan macam2 lg:( refleks diri balik T_T.. jazakillah khair for sharing<3

    ReplyDelete
  2. tulah kan.. same2 baiki mn yg kurang

    n nk ajak shbt2 lain b'pk jgk yg msuh2 islam sntiasa bkrja nk jtuhkn islam, tp kte pulak bt ap utk m'p'thnkn islam..

    it is that we realise or not..
    btw, afwan :)

    ReplyDelete
  3. syukran sab ats ingatan.

    ReplyDelete

Powered By Blogger