selamat..
selamat untuk semuanya di sana..
pasti perasaanmu bercampur baur saat ini..
namun kutahu,
engkau punya cita dan harapan yang jitu
kutahu
engkau tidak ragu
setiap hasil istiharah dan istisyaroh
pada sekian waktu
moga itu menjadi pemangkin
untuk menyemarakkan lagi obor kesungguhan
pengasah hamassah jihadmu!
Di segenap sudut jiwa dan ragamu
Untuk berjuang di medan baru
pendorong juga catalyst azam dan matlamat hidupmu
yang engkau fahami sejak dahulu
kerana kupasti
engkau semakin merasai
berat bebanan dbahumu
mulai saat kau melalui saat itu…
namun,
dari kejauhan ku hadiahi sekuntum senyuman
bangga…
kerana murobbiahku telah berjaya J
menjejakkan kaki untuk mara ke tangga seterusnya..
muhasabah diriku sejenak
apakah aku juga pantas
untuk melalui detik itu..
bukan atas dasar kemahuan nafsu..
tetapi kerana dirikulah srikandi pilihanNya
buat meneruskan pelapis pembela agama
menghasilkan generasi rabbani
umpama hassan al-banna
pantaskah?
Layakkah?
Tundukk..
Masih banyak kurangnya..
Masih jauh perjalanannya..
Namun aku turut bercita
Kerana cita-cita melahirkan usaha
Murobbiahku..
Selamat sekali lagi…
Peliharalah semuanya..
Engkau adalah emas juga permata
Buat perjuangan merebut takhta!
Takhta di hati sang Pencipta.
anak-anakmu... :) |