widgets,  tips, tutorials and SEO

assalamualaikum ;)

Friday, March 16, 2012

-TANGGA-


selamat..

selamat untuk semuanya di sana..

pasti perasaanmu bercampur baur saat ini..

namun kutahu,

engkau punya cita dan harapan yang jitu

kutahu

engkau tidak ragu

setiap hasil istiharah dan istisyaroh

pada sekian waktu

moga itu menjadi pemangkin

untuk menyemarakkan lagi obor kesungguhan

pengasah hamassah jihadmu!

Di segenap sudut  jiwa dan ragamu

Untuk berjuang  di medan baru

pendorong  juga catalyst  azam dan matlamat hidupmu

yang engkau fahami sejak dahulu

kerana kupasti

engkau semakin merasai

berat bebanan dbahumu

mulai saat kau melalui saat itu

namun,

dari kejauhan ku hadiahi sekuntum senyuman

bangga…

kerana murobbiahku telah berjaya  J

menjejakkan kaki untuk mara ke tangga seterusnya..

muhasabah diriku sejenak

apakah aku juga pantas

untuk melalui detik itu..

bukan atas dasar kemahuan nafsu..

tetapi kerana  dirikulah srikandi pilihanNya

buat meneruskan pelapis pembela agama

menghasilkan generasi rabbani

umpama hassan al-banna

pantaskah?

Layakkah?

Tundukk..

Masih banyak kurangnya..

Masih jauh perjalanannya..

Namun aku turut bercita

Kerana  cita-cita melahirkan usaha

Murobbiahku..

Selamat sekali lagi…

Peliharalah semuanya..

Engkau adalah emas juga  permata

Buat perjuangan merebut  takhta!

Takhta di hati sang Pencipta.


anak-anakmu...   :)




3 comments: